Rekaan Dan Spesifikasi ASUS ZenBook Pro 15 Dengan Paparan OLED 4K Tertiris

Diterbitkan pada July 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sepanjang tahun ini, ASUS telah melancarkan sejumlah besar komputer riba yang hadir dengan pelbagai jenis rekaan dan spesifikasi yang memperlihatkan fokus kepada kemampuan produktiviti dan riadah yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Terkini, ASUS dilihat akan memperkenalkan sebuah lagi komputer riba, sebuah lagi model dibawah siri komputer nipis dan ringan ASUS ZenBook mereka, yang mungkin akan dinamakan ASUS ZenBook Pro 15 OLED.

Didalam sebuah rangka komputer riba nipis dan ringan, ASUS ZenBook Pro 15 OLED ini dilengkapi dengan paparan skrin OLED 15.6 inci dengan resolusi 4K yang juga menyokong teknologi sesentuh. Ia dikuasakan pilihan CPU AMD Ryzen sehingga Ryzen 9 5900HX, memori DDR4 sehingga 16GB dan juga storan dalaman SSD NVMe PCIe sebesar 1TB.

Walaupun komputer riba ini mempunyai rekaan nipis dan ringan, ia juga dilengkapi dengan pilihan kad grafik luaran seperti NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti. Dari segi rekaan, ia dilihat hadir dengan rekaan nipis dan ringan yang sinonim dengan jenama ASUS ZenBook yang biasanya dikuasakan oleh siri CPU Intel, khususnya ini adalah model yang disahkan dengan penjenamaan Ultrabook dan Intel Evo yang terbaru.

Ia cukup menarik untuk melihat Intel memperkenalkan komputer riba dengan rekaan yang sama menggunakan komponen AMD, yang mana ia mungkin menceritakan bagaimana ASUS mampu menyejukkan komponen yang dilihat berfungsi dengan panas, walaupun sangat berkuasa.

Setakat ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah ASUS akan memperkenalkan model komputer riba ASUS ZenBook Pro 15 OLED ini, tetapi berdasarkan bagaimana spesifikasinya tertiris melalui beberapa platform jual-beli atas-talian, ia mungkin akan diperlihatkan tidak lama lagi.

Sumber: VideoCardz

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami