OnePlus Mungkin Turut Akan Melancarkan Tablet

Diterbitkan pada July 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tablet Android yang hidup segan mati tak mahu sejak lima tahun yang lalu secara tiba-tiba mendapat bantuan CPR kerana permintaan meningkat akibat wabak. Maka secara tiba-tiba pelbagai ura-ura tablet akan dilancarkan oleh pengeluar yang selama ini hanya mengeluarkan telefon mula didengari. Terkini OnePlus pula mungkin melancarkan tablet dalam masa terdekat.

Menurut lakan MySmartPrice, OnePlus telah memfailkan tanda dagang untuk OnePlus menerusi laman EUIPO pada Jun lalu. Dari nama sahaja kita sudah tahu ia pastinya sebuah tablet cuma maklumat mengenai spesifikasi masih lagi kabur. Sekiranya dilancarkan ia tidak mengejutkan kerana Oppo sebelum ini turut diuar-uarkan akan melakukan perkara yang sama. Kedua-dua syarikat ini sudah kembali di bawah payung yang sama dengan kod sumber sistem operasi turut diseragamkan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami