Carian
Program MyKasih Menggunakan MyKad Untuk Agihan Wang Dan Pembayaran Nirtunai
July 5, 2021 Aman

Arena pembayaran nirtunai semakin berkembang pesat pada hari ini, dan menariknya ia bukan sekadar menggunakan kad bank dan juga dompet digital. Program MyKasih yang disokong kerajaan, turut menggunakan MyKad untuk tujuan agihan wang bantuan, dan juga digunakan untuk pembayaran secara nirtunai.

Melalui Program PRIHATIN Kasih, kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk membantu kos sara hidup golongan miskin bandar. Program ini akan menyalurkan bantuan secara nirtunai melalui penggunaan MyKad, dan dijangka memanfaatkann 300,000 isi rumah di bandar utama seluruh negara.

Menariknya adalah ia menggunakan MyKad untuk tujuan pembayaran secara nirtunai, disamping duit juga disimpan pada MyKad. Untuk makluman, kaedah ini dilihat telah digunakan sejak beberapa tahun yang lepas – sekaligus memperlihatkan satu lagi keupayaan MyKad yang tidak digunakan secara meluas.

Untuk pembayaran, MyKad digunakan bersama panel pembayaran di pasaraya, dan penerima akan memasukkan PIN 6 digit mereka.

Laman sistem MyKasih juga mengatakan yang mana sistem pembayaran nirtunai menggunakan MyKad ini adalah lebih baik, memandangkan ia memudahkan proses audit, selain turut menawarkan laporan analitik dari segi penggunaan dan demografi ketika transaksi.

https://www.youtube.com/watch?v=83THER64bp8
Komen