iPhone 13 Diperkatakan Akan Hadir Dengan Sokongan Pengecasan Nirwayar Berbalik

Diterbitkan pada July 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, terdapat sejumlah peranti Android yang menawarkan sokongan pengecasan nirwayar berbalik, membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar untuk mengecas peranti lain secara nirwayar. Ini amat berguna jikalau anda ingin mengecas sesuatu peranti itu sekiranya ia kehabisan tenaga bateri, dan tiada sebarang kabel berhampiran untuk mengecasnya.

Terbaru, mengikut desas-desus awal, iPhone 13 dikatakan akan turut hadir dengan sokongan pengecasan nirwayar berbalik ini.

Sekiranya benar, ia akan menyertakan sokongan pengecasan nirwayar MagSafe yang dikemaskini, dan membolehkan pengguna menggunakan iPhone 13 dalam mengecas peranti seperti Apple Watch atau AirPods atau sebarang peranti lain secara nirwayar dengan mudah.

Sebelum ini, turut hadir desas-desus mengatakan Apple mungkin menyertakan ciri pengecasan nirwayar berbalik pada iPad Pro akan datang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami