Ciri-Ciri Kamera Yang Baik Yang Anda Perlu Pertimbangkan Untuk Sebuah Telefon Pintar

Diterbitkan pada July 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pengguna telefon pintar terdiri daripada beberapa golongan bergantung kepada cara penggunaan mereka. Ada yang membeli telefon pintar untuk produktiviti harian, ada yang menggunakannya untuk bermain permua, ada juga yang gunakannya sebagai kamera pendua.

Jika anda seorang yang gemar mengambil OOTD, OPPO telah hadir dengan telefon pintar siri Reno terbaru mereka, iaitu siri OPPO Reno6. Antara 2 model yang memasuki pasaran Malaysia adalah OPPO Reno6 5G dan juga OPPO Reno6 Z.

Kita berbalik kepada persoalan asalnya, bagaimana untuk menentukan sama ada sesebuah telefon pintar itu mempunyai sokongan kamera yang baik? Jika anda seorang yang mementingkan kualiti penggambaran, ini adalah ciri-ciri yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli telefon pintar.

Apakah Ciri-Ciri Pada Telefon Pintar Yang Membantu Penggambaran Yang Baik?

Megapixel Dan Bukaan Aperture Yang Luas

Bagi mengikuti arus pemodenan teknologi yang terkini, kamera telefon pintar zaman sekarang kebiasaannya mempunyai sekurang-kurangnya tiga kamera utama, dan satu kamera swafoto. Siri Reno6 kali ini juga tidak terkecuali. Kedua-duanya ditawarkan dengan sokongan tri-kamera gabungan 64MP untuk rakaman utama, 8MP untuk kamera sudut lebar, dan 2MP untuk rakaman makro. Manakala bagi rakaman swafoto, sensor 32MP ditawarkan untuk kedua-dua model ini. Bezanya disini, Reno6 5G turut dilengkapi dengan Color Temperature Sensor untuk kamera belakang.

Mengapa bukaan aperture yang luas adalah penting untuk sesebuah penggambaran? Hal ini adalah kerana bukaan aperture yang luas sangat membantu untuk menghasilkan rakaman yang lebih jelas dan tajam, walaupun rakaman diambil di persekitaran yang gelap. Bagi model Reno6 Z, bukaan aperture yang ditawarkan adalah bermula daripada f/1.7 hingga f/2.4. Jadi, ia tidak menjadi masalah untuk menghasilkan rakaman malam yang cantik walaupun di tempat yang gelap jika menggunakan siri OPPO Reno6 ini.

Fungsi-Fungsi Kamera Yang Memudahkan Proses Penggambaran

Menurut OPPO, OPPO Reno6 Z ini juga dikenali sebagai AI Portrait Expert yang dapat menghasilkan rakaman video atau gambar potret yang berkualiti tinggi dengan bantuan AI. Ia turut hadir dengan beberapa teknologi penggambaran yang baru. Antaranya: 

  1. Bokeh Flare Portrait : Mengubah pencahayaan menjadi seakan-akan bokeh pada latar belakang dan mencerahkan subjek di dalam gambar secara automatik
  2. AI Palette : Boleh meletakkan salinan penuras (filter) yang anda telah lakukan pada gambar terdahulu kepada gambar seterusnya dengan mudah
  3. Flash Snapshot : Melalui bantuan Image Clear Engine, fungsi ini mampu menghasilkan rakaman yang tajam walaupun subjek di dalam gambar sedang bergerak
  4. Ultra-Clear 108MP Image : Mampu untuk menghasilkan rakaman pada resolusi setinggi 108MP
  5. Portrait Beautification Video : Menghasilkan rakaman video dengan penuras kecantikkan yang kelihatan semula jadi dengan kesan bokeh pada bahagian latar belakang
  6. Focus Tracking : Hanya perlu tap dua kali pada subjek untuk kekalkan fokus pada subjek utama
Skrin Yang Cukup Besar

Skrin yang besar ini akan membantu untuk memaparkan pemandangan yang lebih luas ketika rakaman diambil. Malah, syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar juga sering bersaing antara satu sama lain untuk menawarkan telefon pintar dengan bezel yang senipis yang mungkin. OPPO juga tidak terkecuali, kerana mereka menawarkan nisbah skrin ke badan setinggi 90.8% untuk model Reno6 Z dan 91.7% untuk model Reno6 5G. Tetapi kedua-dua masih lagi menawarkan saiz skrin yang sama, iaitu 6.4 inci dengan paparan AMOLED.

Spesifikasi Dan Fungsi Penting Lain Untuk Mendapatkan Penggunaan Yang Lebih Memuaskan

Secara ringkasnya, model Reno6 Z dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 800U 5G dan mempunyai kapasiti bateri sebesar 4310mAh yang boleh dicas menggunakan pengecasan pantas 30W VOOC Flash Charge 4.0.

Spesifikasi yang hampir sama ditawarkan untuk model Reno6 5G dan perbezaannya tidaklah terlalu ketara. Apa yang membezakannya adalah cip pemprosesan, sokongan kadar segar semula, nisbah skrin ke badan yang sedikit luas, dan mempunyai kapasiti bateri yang sedikit rendah berbanding Reno6 Z.

Terdapat juga fungsi-fungsi yang ditawarkan khusus untuk Reno6 Z sahaja, seperti Air Gesture iaitu fungsi menatal tanpa menyentuh skrin dan Hyperboost 4.0 iaitu mod untuk meningkatkan prestasi permua seperti kurang masa menunggu, kurang masalah lengah masa dan membantu untuk mengurangkan penggunaan bateri sehingga 10%.

Kesimpulan

Jadi, sekiranya anda seorang yang mementingkan kualiti penggambaran, siri OPPO Reno6 ini adalah antara pilihan yang anda perlu letak dalam senarai pembelian. OPPO Reno6 Z dan OPPO Reno6 5G hadir dengan dua pilihan warna, iaitu Stellar Black dan juga Aurora dan boleh didapati pada harga bermula RM1699 untuk OPPO Reno6 Z dan RM2399 untuk model OPPO Reno6.

Bagi setiap pra-tempahan terawal yang dibuat bermula 5 Ogos hingga 13 Ogos 2021, anda berpeluang untuk menerima hadiah percuma seperti OPPO Enco Buds, servis awanan 1TB HeyTap selama setahun, powerbank, Smart Tag, dan juga pembesar suara dengan sokongan bluetooth. Jika dikira-kira semula, secara keseluruhannya hadiah percuma ini bernilai RM779 dan sangat berbaloi untuk menjadi yang terawal membuat pra-tempahan. Malah, bagi anda yang merupakan ahli My OPPO, kod promosi RM100 juga akan ditawarkan.

OPPO juga akan menawarkan hadiah misteri bagi anda yang membuat pra-tempahan awal melalui kedai atas talian mereka di Shopee. Berikut merupakan penawaran yang diberikan mengikut tarikh:

  • 29 Julai hingga 4 Ogos 2021: Kotak misteri akan diberikan dengan bayaran tambahan RM99 sekiranya anda ingin menerimanya. Ia hanya terhad kepada 300 pelanggan terawal sahaja.
  • 30 Julai hingga 14 Ogos 2021 : baucar RM30 akan diberikan sekiranya anda kongsikan pautan pra-tempah OPPO Reno6 di Shopee kepada 4 rakan anda.

Manakala jika anda membuat pra-tempahan di mana-mana kedai rasmi OPPO di seluruh Malaysia pula, 300 pelanggan terawal berpeluang untuk menerima baucar bernilai RM120 bersama powerbank jenama Remax. Anda hanya perlu membayar RM19.90 sahaja untuk mendapatkan tawaran ini. Berbaloi bukan? Bayaran pendahuluan juga hanya serendah RM100 sahaja bagi anda yang ingin membuat pra-tempah melalui pasaran terbuka atau juga melalui OPPO Brand Store. Jadi, pra-tempah siri Reno6 sekarang dan nikmati pelbagai tawaran menarik daripada OPPO kerana ia hanya terhad kepada beberapa pelanggan terawal sahaja.

Penafian: Advertorial daripada OPPO Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami