Pepijat WiFi Ini Mengakibatkan Keseluruhan iPhone Ditetapkan Semula

Diterbitkan pada July 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hujung bulan lalu, pepijat pada iPhone akan menyebabkan sistem WiFi tergendala serikannya pengguna memasuki rangkaian dengan nama aneh “%p%s%s%s%s%n”. Sebaik sahaja menyertainya, ciri WiFi terus dilihat hilang pada iPhone berkenaan sehingga perlu ditetapkan semua menerusi skrin Settings.

Tetapi sebuah lagi pepijat ditemui pada iPhone dan kali ini memerlukan keseluruhan peranti ditetapkan semula. Sistem WiFI peranti iOS akan terus tergendala jika pengguna memasuki rangkaian WiFi dengan SSID %secretclub%power”. Sekiranya sistem WiFi ditetapkan semula sekalipun peranti tidak akan kembali beroperasi kepada normal. Hanya tetapan semua keseluruhan peranti yang lebih leceh akan menyelesaikan masalah ini.

Ketika artikel ini ditulis, isu masih wujud pada peranti dengan iOS 14 tetapi tidak diketahui jika ia mendatangkan masalah kepada iOS 15 yang kini di peringkat ujian Beta. Secara lazimnya pengguna disarankan untuk tidak menyambungkan peranti kepada rangkaian WiFi yang tidak pernah digunakan atau diragui keselamatannya.

Sumber Phonearena

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami