Dizo akhirnya melancarkan dua telefon mudah alih pertama mereka di India semalam. Dizo Star 500 dan Star 300 adalah dua telefon mudah alih kelas permulaan yang ditawarkan pada harga yang amat rendah.

Dizo Star 500 dilengkapi skrin 2.8″, memori 32MB, kamera sebesar 0.3 MP dan batri sebesa 1900 mAh. Peranti mempunyai kemampuan memainkan muzik, menyimpan gambar dan menyokong lima bahasa utama di India iaitu Inggeris, Tamil, Gujarati, Hindu dan Telugu. Pengecasan adalah menerusi port mikro USB dan sebuah bicu audio 3.5mm turut disertakan. Peranti ditawarkan dalam warna hijau, hitam dan perak.

Dizo Star 300 pula dilengkapi skrin 1.77″, memori 32MB, kamera sebesar 0.3 MP dan bateri sebesar 2550 mAh. Peranti mempunyai kemampuan memainkan muzik, menyimpan gambar dan menyokong lapan bahasa utama di India iaitu Inggeris, Tamil, Gujarati, Hindu, Telugu, Bengali, Punjabi dan Kannada. Pengecasan adalah menerusi port mikro USB dan sebuah bicu audio 3.5mm turut disertakan. Peranti ditawarkan dalam warna hitam dan biru.
Di India Dizo Star 500 dijual pada harga ₹1799 (~RM100) dan Dizo Star 300 pula pada harga ₹1299 (~RM73) sebuah. Harga yang dijual amat mampu milik tetapi peranti ini hanya menyokong rangkaian 2G.