Oppo Reno6 telah dilancarkan di China sebelum ini bersama-sama dengan dua lagi model lain iaitu Oppo Reno6 Pro dan Oppo Reno6 Pro+. Pada awalnya, Oppo Reno6 ditawarkan dalam tiga pilihan warna seperti black, blue dan gradient. Kemudian, kini terdapat satu lagi pilihan warna yang diberikan iaitu kemasan bewarna ungu pula.

Apa yang membezakanya hanyalah kemasan luaran sahaja. Sementara itu, spesifikasi dalaman dan harga jualannya masih lagi sama seperti Oppo Reno6 sedia ada. Ia dilengkapi skrin 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya, ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 900 5G, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan 65W.

Ia juga hadir dengan sistem tri-kamera bersama tetapan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro). Kamera hadapan sebesar 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuk – Bluetooth 5.2, port sambungan USB-C, ColorOS 11.3, Android 11 dan lain-lain.
Sumber : Oppo China