Carian
Samsung Galaxy F22 Dilancarkan – Cip MediaTek Helio G80, Skrin 90Hz Dan Kamera 48MP
July 6, 2021 Amy Maizuraa

Sebuah lagi peranti pintar Samsung di bawah siri Galaxy F diperkenalkan secara rasmi di India. Dikenali sebagai Samsung Galaxy F22, ia menjadi model terkini di bawah siri berkenaan – sekaligus menyertai Samsung Galaxy F41, Samsung Galaxy F62 dan Samsung Galaxy F52 yang dilancarkan sebelum ini. Antara tumpuan utama pada model ini adalah skrin Super AMOLED 90Hz, bateri 6000mAh dan kuad-kamera dengan sensor utama 48-Megapixel.

Untuk spesifikasi khusus, Samsung Galaxy F22 dilengkapi skrin berukuran 6.4-inci Super AMOLED HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G80, memori sehingga 6GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB dan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W.

Tetapan kamera terdiri dengan sensor utama 48-Megapixel. Kemudian, ia diikuti dengan sensor 8-Megapixel untuk ultra-lebar, 2-Megapixel untuk makro dan 2-Megapixel untuk tujuan kedalaman. Kamera hadapan pula sebesar 13-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuklah – pengimbas cap jari sisi, menjalankan OneUI Core 3.1 berasakan Android 11, bluetooth 5.0 dan lain-lain. Di India, Samsung Galaxy F22 dijual pada harga bermula Rs 12,499 (~RM697).

Sumber : Samsung India

Komen