Fon Telinga Huawei FreeBuds 4 Juga Rasmi Di Malaysia – Berharga RM599

Diterbitkan pada July 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei FreeBuds 4 merupakan set fon telinga nirwayar terkini daripada jenama berkenaan. Ianya telah diperkenalkan secara rasmi sebentar tadi dengan rekaan jenis terbuka. Di samping itu, ia juga menampillkan gabungan rekaan badan bertangkai panjang yang mempunyai panel kawalan sesentuh bersama pod pengecas berbentuk bulat.

Terdapat dua pilihan warna yang disediakan iaitu Ceramic White dan Silver Frost. Bagi yang berminat, fon telinga ini ditawarkan di Malaysia dengan tanda harga RM599. Bagi yang berminat, pra-tempahan boleh dibuat bermula 7 Julai 2021 menerusi beberapa platform seperti kedai atas talian rasmi Huawei, Lazada, Shopee dan Senheng. Lebih menariknya, setiap pembelian akan didatangkan dengan Huawei Band 4 (bernilai RM139) yang diberikan secara percuma.

Untuk spesifikasi khusus, Huawei FreeBuds 4 dilengkapi pemandu audio sebesar 14.3mm dan setiap daripadanya mempunyai sokongan tiga mikrofon untuk sokongan panggilan lebih baik. Pada masa sama, ia turut disertakan sistem pembatalan hingar aktif (ANC) 2.0 yang mampu mengurangkan bunyi bising persekitaran secara maksimum. Dengan bateri 410 mAh, fon telinga ini mampu beroperasi selama 22 jam berterusan jika ANC dimatikan. Jika sebaliknya, ia boleh bertahan maksimum 14 jam dengan pod pengecas.

Seterusnya, Huawei FreeBuds 4 juga boleh dipadankan dengan telefon pintar untuk hasil rakaman video bersama audio lebih baik. Spesifikasi lain termasuk – port sambungan USB-C, tambatan menerusi bluetooth 5.2, pelindungan IPX4, mod permainan dengan latensi 90ms dan banyak lagi.

Beli Dari Lazada : Huawei FreeBuds 4
Beli Dari Shopee : Huawei FreeBuds 4

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami