FoodPanda Hadir Dengan Perkhidmatan Penghantaran Barangan Dan Dokumen – PandaGo

Diterbitkan pada July 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

FoodPanda pada hari ini sedia menawarkan khidmat penghantaran makanan dan juga barangan runcit. Kini, mempelbagaikan lagi penawaran, FoodPanda turut memperkenalkan perkhidmatan penghantaran barangan dan juga dokumen, dinamakan PandaGo.

Tesco FoodPanda

PandaGo buat masa ini memfokuskan kepada pengguna perusahaan dan perniagaan sahaja. Ia membolehkan anda membuat permohonan penghantar, dan seterusnya turut memantau secara masa-nyata melalui laman khas yang disediakan.

Tiada sebarang kontrak yang terlibat untuk PandaGo, dan pengguna akan perlu membayar berdasarkan kepada penggunaan sahaja.

Buat masa ini, PandaGo hanya menyokong penghantaran dalam sekitar 10km, dan untuk barnagan tidak melebihi 5kg.

Dengan penyertaan ini, PandaGo turut akan bersaing dengan beberapa penyedia perkhidmatan lain, termasuk GrabExpress dan juga LalaMove.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami