Skrin Pelindung Ini Membolehkan Ujian PCR Dilakukan Tanpa Pemakaian PPE

Diterbitkan pada July 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita sudah masuk tahun kedua pandemik Covid-19 yang masih belum dalam dilihat cahaya di hujung terowongnya di Malaysia. Kes baharu harian kembali meningkat ke lebih 7000 selepas lebuh sebulan sekatan penuh dikenakan seluruh negara. Masalah kekurangan sarung tangan getah dan PPE kembali berlaku dengan pekerja barisan hadapan mula mengatakan sistem perubatan negara kini di ambang lumpuh.

Berdasarkan pengalaman peribadi, antara isu yang melambatkan proses melakukan ujian PCR ialah petugas barisan hadapan perlu memakai PPE penuh. Ia mengambil masa yang lama serta amat tidak selesa untuk pemakaian masa panjang. Di Jepun, skrin pelindung versi desktop yang melindungi pekerja barisan hadapan telah dibangunkan oleh Toshihiko Suzuki Laboratory, Fakulti senibina Kogakuin University dan Daiko Paper Works Co., Ltd.

Pelindung diperbuat daripada kadbod dengan skrin tingkap diperbuat daripada akrilik. Terdapat lubang untuk sarung tangan getah untuk melindungi pekerja brisan hadapan ketika melakukan ujian. Sistem pelindung ini dicipta selepas mengambil maklum balas petugas di Jepun. Penggunaannya akan menyelesaikan isu kekurangan PPE dan ketidakselesaan yang diakibatkan oleh pemakaian PPE.

Di Jepun pelindung ini telahpun dijual pada harga ¥ 18,300 (~RM686) sebuah. Masih tidak murah kerana ia boleh digunakan berkali-kali adalah lebih murah untuk jangka masa panjang di samping lebih mudah dikitar semula berbanding PPE plastik sekarang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami