Huawei MateView Dan MateView GT Turut Diumumkan – Harga Bermula RM2488

Diterbitkan pada July 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain daripada telefon pintar, dua buah monitor iaitu Huawei MateView dan Huawei MateView GT turut diperkenalkan buat pengguna di Malaysia. Kedua-duanya menawarkan pengalaman penggunaan yang berbeza. Di mana, Huawei MateView memfokuskan kepada keperluan produktiviti. Semantara itu, Huawei MateView GT pula merupakan sebuah monitor yang mengkhususkan kepada gaming.

Bagi yang berminat, Huawei MateView ditawarkan pada harga RM2,988. Sementara itu, Huawei MateView GT pula berharga RM 2,488. Kedua-duanya boleh didapati menerusi beberapa platform berbeza seperti kedai atas talian rasmi Huawei, Lazada, Shopee dan Senheng. Sesi pra-tempahan akan dibuka bermula 7 Julai 2021 dan setiap pembelian untuk kedua-dua monitor didatangkan dengan hadiah berupa Huawei WiFi AX3 Dual Core (bernilai RM199) secara percuma dan rebat segera bernilai RM100.

Huawei MateView

Untuk spesifikasi khusus, Huawei MateView menampilkan skrin rata dengan panel sejenis IPS LCD berukuran 28.2-inci yang menawarkan resolusi Ultra HD 4K (3840×2560) dan nisbah aspek 3:2. Paparannya turut menyokong ciri tambahan seperti sokongan 98% gamut warna DCI-P3 dengan 100% SRGB, kecerahan puncak 500nits dan menerima pengiktirafan Vesa DisplayHDR 400.

Di samping itu, monitor ini juga boleh dihubungkan dengan telefon pintar, komputer riba dan tablet secara nirwayar dan menyokong fungsi kawalan papan kekunci serta tetikus. Di mana, papan kekunci dan tetikus boleh disambungkan ke monitor untuk mengawal peranti lain. Dalam pada itu, engguna juga boleh menggunakan ciri OneHope Projection menerusi telefon pintar Huawei bagi mengakses mod desktop dengan satu sentuhan. Lain-lain spesifikasi termasuklah – dua pembesar suara 5W, DisplayPort, 2 port USB-A 3.0, mikrofon, bicu audio 3.5mm dan banyak lagi.

Huawei MateView GT

Untuk Huawei MateView GT pula. Ia mempunyai rekaan paparan melengkung 1500R berukuran 34-inci dengan resolusi WQHD (3440 x 1440 piksel). Paparan ini turut menyokong nisbah aspek 21:9, kadar segar semula tinggi 165Hz dan 90% gamut warna DCI-P3 dengan 100% SRGB. Selain itu, ia juga disertakan ciri tambahan lain seperti Dark Field Control yang berupaya menyesuaikan kecerahan paparan secara automatik.

Selain itu, terdapat juga sistem dwi-mikrofon pintar yang mampu menangkap suara dengan jarak sehingga 4-meter. Dengan sistem AI, ia kemudiannya meningkatkan kejelasan suara tersebut sekaligus memudahkannya untuk didengari. Tidak ketinggalan, monitor ini juga dilengkapi sokongan pencahayaan RGB yang boleh diubahsuai. Lain-lain spesifikasi termasuk – dua pembesar suara 5W, 2x port HDMI 2.0, 1x DisplayPort, 2x USB Type-C (salah satunya untuk tujuan pengecasan), bicu audio 3.5mm dan banyak lagi.

Beli Dari Lazada : Huawei MateView
Beli Dari Shopee : Huawei MateView
Beli Dari Lazada : Huawei MateView GT
Beli Dari Shopee : Huawei MateView GT

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami