Huawei MatePad Pro 12.6-inci telah dilancarkan di Malaysia sebelum ini dengan tanda harga RM3,999. Ia merupakan sebuah tablet yang menampilkan pelbagai penambahbaikan menarik yang bersesuaian dengan pilihan pengguna professional. Pada awalnya, Huawei MatePad Pro 12.6-inci ditawarkandi Malaysia dalam satu kemasan warna iaitu Matte Grey. Tetapi, Huawei ingin memberi lebih pilihan kepada pengguna dengan menawarkan satu lagi kemasan warna iaitu Olive Green.
Secara dasarnya, tiada sebarang perubahan spesifikasi dalaman yang buat. Apa yang membezakannya hanya dari aspek kemasan luaran dan harga jualannya yang kini ditawarkan pada RM4,399. Bagi yang berminat, ia boleh didapari menerusi kedai atas talian rasmi Huawei, Lazada, Shopee dan Senheng. Hadiah menarik berjumlah sehingga RM549.70 turut diberikan untuk setiap pembelian – yang terdiri dengan Huawei Classic Backpack, akses VIP untuk Huawei Video selama 1 bulan dan 6 TVOD Pass serta Huawei Cloud Storage (3 bulan akses – 50GB).
Untuk spesifikasi, tablet ini masih dilengkapi skrin 12.6-inci OLED WQXGA, dijana cip Kirin 9000E, memori 8GB RAM dan storan 256GB dan bateri 10,050mAh dengan pengecasan pantas 40W. Tumpuan utama pada tablet ini adalah penggunaan sistem operasi HarmonyOS 2.0 yang menawarkan sokongan multi-tetingkap untuk memudahkan proses multi-tugasan.
Di samping, turut menyertakan ciri seperti widget, dan kebolehan untuk menggunakan sebagai skrin kedua kepada komputer riba. Ia juga hadir dengan kamera hadapan 8-megapixel dan kamera belakang 13-megapixel. Spesifikasi lain termasuk – sokongan Huawei M-Pencil, 8 pembesar suara dengan sokongan audio dan sistem audio HisTen 7.0 dan banyak lagi.
- Beli Dari Lazada : Huawei MatePad Pro 12.6″
- Beli Dari Shopee : Huawei MatePad Pro 12.6″