Nintendo hari ini secara rasminya telah mengumumkan pengenalan konsol Nintendo Switch terbaru mereka, yang hadir dengan panel skrin OLED.

Nintendo menamakan konsol ini sebagai Nintendo Switch (OLED Model), ia hadir dengan skrin 7-inci, membawakan skrin sedikit besar berbanding dengan skrin 6.2-inci LCD sebelum ini.
Disamping itu, ia menawarkan paparan 1080p apabila dihubungkan ke kaca televisyen melalui dermaga, dan menariknya dermaga untuk Nintendo Switch ini turut hadir dengan sokongan sambungan LAN berwayar. Disamping itu, pendiri pada Switch juga kini boleh dilaraskan.

Nintendo turut mengatakan konsol baharu ini hadir dengan sokongan audio yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Nintendo menyatakan akan menawarkan ia bermula bulan Oktober ini. Di Amerika Syarikat, ia disenaraikan pada harga $349.99, iaitu sekitar RM1450.