Adikomputer Cambridge-1 Yang Dibangunkan NVIDIA Digunakan Untuk Tujuan Penyelidikan Perubatan

Diterbitkan pada July 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada Oktober 2020, NVIDIA telah membangunkan sebuah mesin adikomputer dinamakan Cambridge-1 yang mana menurut NVIDIA, ialah adikomputer yang paling berkuasa di United Kingdom.

NVIDIA telah membelanjakan sebanyak $100 juta untuk membangunkan adikomputer ini, dan bersempena dengan namanya, ia akan digunakan oleh industri perubatan di United Kingdom untuk memanfaatkan kemampuan kecerdasan buatannya supaya ia boleh mempelajari tentang 1 bilion komponen kimia untuk tujuan penyelidikan.

Diantara klien pertama Cambridge-1 ialah AstraZeneca, syarikat sama yang bertanggungjawab untuk membangunkan salah satu vaksin pertama untuk menentang virus COVID-19 yang masih lagi sedang membelenggu dunia sehingga kini.

Syarikat-syarikat perubatan lain yang akan cuba untuk memanfaatkan adikomputer Cambridge-1 ini termasuklah SK, Guy’s and St Thomas dari NHS, King’s College London dan Oxford Nanopore. Kesemua syarikat ini mempunyai bidang kepakaran perubatan masing-masing, dan akan memanfaatkan kecerdasan buatan berkuasa ini untuk memudahkan tugas penyelidikan mereka.

Menurut laporan Reuters lagi, NVIDIA juga dilihat sedang berunding dengan kerajaan United Kingdom untuk membina sebuah lagi pusat adikomputer di United Kingdom menggunakan cip pemprosesan ARM. Ini dilihat sebagai satu langkah untuk mengatakan bahawa pengambilalihan ARM oleh NVIDIA masih lagi akan memanfaatkan negara tersebut, dan ia tidak akan dibawa lari ke Amerika Syarikat.

Sumber: Reuters

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami