Cari @ Amanz

Infinix Malaysia kini telah mengumumkan harga rasmi untuk model terkini mereka iaitu Infinix Hot 10S. Terdapat dua variasi yang disediakan iaitu Infinix Hot 10S (4GB+64GB) yang dijual pada harga RM499. Sementara itu, model dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB pula berharga RM549. Kedua-duanya ditawarkan secara eksklusif menerusi laman Shopee dan anda boleh mendapatkannya bermula 12 Julai ini.

Untuk spesifikasi khusus, Infinix Hot 10S menggunakan skrin bersaiz 6.82-inci IPS lengkap dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G85, memori 4GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB dan bateri berkapasiti 6000mAh. Seterusnya, sistem tri-kamera turut digunakan dengan sensor utama 48-Megapixel, sementara kamera swafoto pula sebesar 8-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuk – pengimbas cap jari fizikal, Android 11 dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd