Aplikasi Kustomasi Samsung Good Lock Mungkin Akan Dikembangkan Kepada Lebih Banyak Negara Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada July 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung One UI adalah sistem operasi mereka tersendiri dibina berasaskan Android. Versi terkini adalah One UI 3.0, berasaskan Android 11 dengan pengalaman penggunaan lebih mesra pengguna untuk yang gemar tema berat dan juga Android asli.

Penggemar custom ROM, atau mereka yang sukakan kemampuan kustomasi pada peranti Samsung – pasti mengenali aplikasi Good Lock. Aplikasi ini adalah seakan Magisk untuk peranti Samsung tanpa akses root, kerana boleh mengubahsuai keseluruhan sistem mengikut citarasa pengguna. Sayang sekali, Good Lock terhad kepada 15 negara sahaja. Terkini melalui SamMobile, Good Lock dikatakan mungkin akan dikembangkan secara lebih meluas.

Bila dan negara mana masih tidak pasti. Antara sebab penggunaan Good Lck terhad adalah kerana, tidak semua negara menerima kemaskini yang sama. Good Lock mengubah sistem peranti pengguna dan jika peranti menalankan versi lama – ada kebarangkalian peranti boleh tergendala atau sistem bermasalah akan berlaku. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami