Carian
Xiaomi Mempatenkan Konsep Hibrid Mi Mix Alpha, Mi Mix Fold Dan Huawei Mate Xs Dalam Satu Peranti
July 7, 2021 Fahim Zahar

Selepas bertahu mengacah kehadiran peranti dengan skrin boleh-lipat, Xiaomi akhirnya menjual Mi Mix Fold. Ia menggunakan mekanisme seakan Samsung Galaxy Z Fold2, skrin plastik seakan Motorola Razr 5G, dan dijual pada harga pelancaran mampu milik.

Walaupun sudah menjual peranti sebegini, idea Mi Mix asal seperti Mi Mix Alpha belum dilupakan oleh Xiaomi. Dalam paten yang baru sahaja diterbit untuk bacaan umum, Xiaomi menggabungkan beberapa elemen inovasi rekaan peranti dalam sebuah peranti hibrid semua dalam satu. Paten ini memperlihatkan peranti dengan skrin boleh-lipat seakan Mi Mix Fold atau Galaxy Z Fold2 dengan modul kamera di sisi seakan Huawei Mate XS dan juga panel skrin utama dengan skrin menyeluruh seakan Mi Mix Alpha.

Konsep Mi Mix Alpha sudah diperlihatkan ia boleh dihasilkan, begitu juga dengan dua rekaan peranti lain. Menggabungkan ketiga-tiga idea dalam sebuah peranti kelihatan unik. Tetapi nasib peranti ini adakah sama seperti Mi Mix Alhpa atau akan ditawarkan kepada umum? Sama-sama kita nantikan.

Komen