Peranti untuk permua pernah suatu ketika dilihat sebagai gimik yang diramalkan akan pupus. Razer antara yang paling awal menawarkannya tetapi telahpun mengibarkan bendera putih. Sementara itu pasaran peranti untuk permua semakin berkembang dengan Asus, Black Shark, dan Lenovo menguasai pasaran. Terkini menurut laporan 91Mobile, Oppo pula akan memasuki pasaran peranti untuk permua dalam masa terdekat.

Rekaan perati misteri ini ditemui laman 91Mobiles selepas ia didaftarkan ke laman EUIPO. Rekaan tubuhnya kelihatan lebih agresif selari dengan rekaan peranti untuk permua lain di pasaran. Ia masih mengekalkan rekaan bonggol kamera yang digunakan pada Reno5 sebelum ini. Turut dapat dilihat ialah bicu audio 3.5mm.
Dengan rekaan telah difailkan, peranti ini mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat. Strategi pemasaran Oppo telah berubah dengan mereka menawarkan peranti dari pelbagai kelas dan telah bergabung semula dengan OnePlus.