Carian
Vivo X70 Dikatakan Akan Dijana Dengan Cip Yang Sama Pada X60, Berserta Sensor Kamera Baharu
July 7, 2021 Fahim Zahar

Vivo X60 Pro adalah antara peranti Vivo yang paling saya gemari. Ini kerana, ia menawarkan kemampuan fotografi yang lebih baik, Funtouch OS yang lebih mendekati Android asli serta rekaan yang nipis dan premium. Tidak lupa juga, kemampuan fotografi dengan kesan bokeh turut dioptimasikan oleh Zeiss dengan pelbagai tetapan dan penuras terbina.

Terkini, pengganti Vivo X60 dikatakan adalah Vivo X70 dan peranti ini akan dijana dengan cip yang sama. Tidak pasti sama ada ini adalah untuk pasaran China atau global, kerana di Malaysia X60 dan X60 Pro dijana Snapdragon 870. Jika info tertiris ini benar, Vivo X70 juga akan dijana cip Snapdragon 870. Tetapi, Vivo dikatakan aka cuba melewahjam kemampuan CPU untuk menjadi sedikit lebih berkuasa berbanding model sebelumnya.

Skrin dikatakan adalah skrin berlubang di tengah dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi FHD+. Kamera pula akan menyokong penstabilan lima-paksi dengan sensor bersaiz 1/1.5-inci. Pengecasan pula mungkin lebih pantas, mungkin 66W. Siri X70 juga dikatakan mungkin akan dilancarkan sekitar September kelak.

Komen