TikTok Dilihat Menguji Ciri Membeli Video Tersuai Daripada Pencipta Kandungan Di Platform Tersebut

Diterbitkan pada July 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Konsep pembelian video tersuai daripada bintang selebriti bukanlah suatu konsep yang baru. Terdapat beberapa platform seperti Cameo dan sebagainya yang membolehkan anda meminta seorang selebriti untuk merakam video tersuai untuk anda ataupun rakan anda pada harga yang ditetapkan bergantung kepada mesej yang ingin dihantar dan juga panjang video tersebut.

TikTok, setelah melancarkan pelbagai jenis fungsi-fungsi baru pada platform mereka nampaknya kini dilihat menguji sebuah ciri baru yang meniru modus operandi Cameo, dimana pengguna TikTok boleh membeli video tersuai daripada pencipta kandungan TikTok yang popular.

Menurut laporan BuzzFeed, ciri ini dinamakan Shoutouts dan sedang diuji di beberapa pasaran terpilih seperti Turki dan juga Kanada. Shoutout dikatakan hadir melalui fungsi yang sama dimana pengguna boleh menghantar bayaran tip kepada pencipta kandungan yang mereka gemari.

Malah, daripada apa yang dilihat, pencipta kandungan boleh menetapkan kadar bayaran mereka sendiri menggunakan matawang dalam aplikasi bergantung kepada apa yang mereka mahukan untuk sebuah video tersuai ini.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah ciri Shoutout ini akan ditawarkan kepada lebih ramai pengguna TikTok di seluruh dunia.

Sumber: BuzzFeed News

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami