Sedikit demo sedikit ciri yang tidak disokong pada Apple Watch oleh Spotify kini diaktifkan. Bermula dengan sokongan penstriman dari Apple Watch pada November tahun lalu, hari ini akhirnya pengguna di Malaysia boleh mensrim kandungan Spotify di secara luar tarian menerusi jam tangan pintar mereka.

Pengguna perlu mengemaskini aplikasi Spotify pada peranti ke versi 8.6.40. Selepas aplikasi di iPhone dan Apple Watch dikemaskini, pilihan baharu Download akan dapa dilihat pada aplikasi Apple Watch. Pengguna kemudian boleh pergi aplikasi Spotify di iPhone dan memilih senarai main yang ingin dimuat turun pada jam tangan menerusi pilihan Download to Apple Watch yang baru diaktifkan. Ciri ini walau bagaimanapun hanya boleh diakses oleh pelanggan Spotify Premium sahaja pada waktu ini.