Carian
OnePlus Mengesahkan OnePlus Nord 2 5G Akan Hadir Dengan Cip MediaTek Dimensity 1200
July 7, 2021 Aman

OnePlus hari ini mengesahkan kepada pihak Amanz, mengatakan OnePlus Nord 2 5G akan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1200, sekaligus menjadi antara peranti terawal OnePlus menggunakan cip MediaTek.

OnePlus mengatakan dengan penggunaan cip pemprosesan ini, ia dijangka akan menawarka prestasi yang baik – selain sokongan kecerdasan buatan membolehkan ia digunakan untuk menambah-baik rakaman gambar, paparan yang lebih baik, selain kadar respon yang pantas.

Penggunaan cip pemprosesan ini juga dijangka menawarkan sokongan permua yang baik melaluinya.

Buat masa ini, pihak OnePlus Malaysia tidak menyatakan bilakah telefon pintar ini akan memasuki pasaran Malaysia. OnePlus mengatakan menantikan kemaskini berkenaan penawaran OnePlus Nord 2 5G ini di Malaysia tidak lama lagi.

Komen