Cari @ Amanz

Audacity merupakan salah satu perisian yang digunakan ramai dalam membuat penyuntingan audio. Perisian ini dibangunkan dalam bentuk sumber terbuka, dan ditawarkan untuk pelbagai sistem operasi.

Namun, dengan popularitinya, Audacity telah diambil oleh syarikat Muse Group pada April 2021 lepas, dan baru-baru ini mereka telah mengumumkan akan mula mengumpulkan data penggunaan pada Audacity.

Audacity

Antara data yang ingin dihimpunkan adalah termasuk berkaitan dengan angka pengguna perisian, dan beberapa data lain yang akan memudahkan mereka melakukan keputusan yang lebih baik untuk pembagunan.

Namun, perkara ini menimbulkan ketidak-selesaan dikalangan pengguna. Beberapa pengguna dan penyokong Audacity mengkritik perkara ini, malah ada pengguna yang ingin melakukan “fork” untuk Audacity – memandangkan ia berasaskan kepada sumber terbuka.

Buat masa ini, pihak Audacity telah mengumumkan mereka tidak akan meneruskan perancangan berkenaan.

Walaupun mereka mengatakan tidak akan meneruskannya, namun ramai pengguna yang masih tidak selesa dengan perubahan baharu ini. Adakah kita akan melihat kehadiran perisian baharu berasaskan kod sumber Audacity ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd