Carian
Tencent Akan Guna Teknologi Imbasan Wajah Bagi Elak Pelajar Tidak Tidur Malam Untuk Bermain
July 7, 2021 Aman

Tencent kini mengumumkan mereka akan menggunakan teknologi imbasan wajah, dalam usaha menghentikan mereka yang berumur bawah 18 tahun untuk menghabiskan waktu terlalu lama, sehingga ke larut malam.

Sistem dinamakan “Midnight Patrol”, ia akan memerlukan pemain untuk mengimbas wajah apabila didapati bermain untuk tempoh lama pada waktu lewat malam. Ia akan dilakukan secara rawak terhadap pemain.

Gaming

Tencent turut mengatakan mereka yang tidak ingin membuat imbasan wajah, mereka akan dikeluarkan daripada sesuatu permainan. Untuk permulaan, Tencent akan mengimplementasi teknologi ini di China, melibatkan 60 permainan diterbitkan mereka.

Pengenalan sistem ini juga akan mengatasi masalah dimana mereka yang berumur bawah 18 tahun menipu dengan menggunakan identiti ahli keluarga lain.

Sebelum ini, pada 2019 yang lepas, China telah mengeluarkan perundangan baru dalam mengawal kadar ketagihan dalam permainan video. Antaranya termasuklah mengehadkan mereka bawah berumur 18 tahun dengan mengharamkan mereka bermain antara 10 malam hingga 8 pagi, selain mengehadkan tempoh bermain kepada 90 minit setiap hari.

Komen