Siri Vivo S10 Akan Diperkenalkan Pada 15 Julai Ini

Diterbitkan pada July 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo kini dilihat dalam persediaan untuk pengenalan beberapa lagi peranti baharu buat pengguna di China. Peranti berkenaan adalah siri Vivo S10 yang terdiri dengan dua model berbeza – iaitu Vivo S10 dan Vivo S10 Pro. Ia adalah kesinambungan kepada siri Vivo S9 dan dipercayai masih meneruskan tradiri mereka yang memfokuskan kepada keupayaan kamera lebih baik.

Hal ini jelas dapat dilihat melalui penggunaan sensor utama 108-Megapixel pada peranti yang dikongsi menerusi poster acah rasmi. Seterusnya, ia juga mempunyai rekaan tubuh berkotak mirip dengan pendahulunya. Ia kemudiannya turut menampilkan kemasan dalam warna cerun biru – jingga yang diberi nafas baharu. Modul kamera belakang pula berbentuk segi empat lengkap dengan tri-kamera utama bersama susunan berbentuk huruf L. Panel hadapan pula hadir dengan rekaan bertakuk yang dipercayai menyokong dwi-kamera swafoto.

Siri Vivo S10 akan diperkenalkan secara rasmi pada 15 Julai depan. Turut sama menyaksikan, Lisa Blackpink kekal sebagai sebagai ikon dan jurucakap untuk produk sejak siri Vivo S9 sebelum ini. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal dikongsi ketik pelancaran rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Vivo China

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami