Carian
Intel Akan Menamatkan Pengeluaran Siri CPU Generasi Ke-10 Comet Lake-U Dan Ice Lake-U
July 8, 2021 Nazrin

Pada awal tahun ini, Intel telah melancarkan siri cip pemprosesan generasi ke-11 Tiger Lake-U mereka untuk siri komputer riba nipis dan ringan yang memfokuskan kepada produktiviti harian dan jangka hayat bateri yang tinggi.

Ia dilaporkan bahawa Intel baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan kepada rakan-rakan pembangun peranti mereka bahawa syarikat tersebut akan menamatkan pengeluaran siri CPU Intel generasi ke-10 Tiger Lake dan Ice Lake tidak lama lagi.

Menurut dokumen-dokumen yang diperlihatkan, siri CPU yang akan dihentikan termasuklah siri CPU Intel Core i3, i5 dan i7 generasi ke-10, disamping siri CPU Intel Celeron 5000. Tarikh pengumuman pemberhentian pengeluaran ini dikeluarkan pada 6 Julai yang lalu, yang mana produk ini sudahpun dihentikan pengeluarannya.

Walaupun begitu, penghantaran siri CPU ini masih akan berjalan untuk buat masa ini tetapi mereka tidak lagi akan mengambil pesanan CPU Comet Lake dan Ice Lake baru. Penghantaran untuk CPU-CPU ini juga akan berakhir sekitar bulan April tahun hadapan, dimana semua pengeluaran dan penghantaran CPU baru adalah daripada siri Intel Tiger Lake-U sahaja selepas ini.

Sumber: Videocardz

Komen