Anda Kelak Boleh Membalas Jemputan Google Calendar Sama Ada Akan Hadir Secara Maya Atau Fizikal

Diterbitkan pada July 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google tidak berhenti mengemaskini aplikasi dan perkhidmatan mereka, agar lebih mudah dan efisien digunakan oleh semua orang ketika belajar atau bekerja dari rumah. Pelbagai ciri dan fungsi menarik telah ditambah sejak tahun lepas. Kali ini, Google mengemaskini Google Calendar dengan menambah satu ciri kecil yang akan dimanfaatkan pengguna.

Setiap jemputan yang diterima melalui Google Calendar selepas ini akan memberi pengguna tiga pilihan balasan “Ya“. Pertama adalah Ya, kedua adalah Ya, secara fizikal dan ketiga adalah Ya, secara maya. Pilihan mungkin dan tidak turut dikekalkan. Melalui pilihan membalas ya yang baharu ini, ia akan memudahkan sesiapa yang bertugas mengetahui butiran jelas sama ada seseorang pelajar atau pekerja hadir di mesyuarat secara fizikal atau maya.

Dengan inisiatif bekerja dari rumah serta belajar dari rumah, sesetengah individu terpaksa berkurung dan tidak boleh bergerak. Dengan banyak perkhidmatan telesidang ditawarkan, pengguna boleh menghantar dan menerima pelbagai pautan jemputan dan kini boleh menjawab dengan lebih jelas melalui Google Calendar. Ciri ini diedarkan kepada pengguna usahawan terpilih bermula 8 Julai dan kemudian fasa kedua pada 22 Julai, setiap tarikh mengambil masa sehingga 15 hari untuk edaran lengkap.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami