Carian
ESA Memperlihatkan Konsep Perkampungan Di Permukaan Bulan
July 8, 2021 Effi Saharudin

Angkasa lepas ialah perbatasan terakhir umat manusia. Dengan sumber di muka bumi semakin berkurangan, penjelajahan ke planet seperti Marikh dan bulan dilihat sebagai evolusi seterusnya untuk kelangsungan spesis. Hampir semua negara maju kini mempunyai perancangan membina markah di permukaan bulan, kini Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) telah berkongsi konsep markas Moon Village – perkampungan di permukaan bulan mereka sendiri.

Rekaan dihasilkan dengan kerjasama firma senibina SOM. Habitat manusia akan dibina menggunakan struktur yang menggunakan belon udara. Struktur ini dipilih kerana ia ketika dihantar dari muka bumi ia kempis dan rata sebelum dikembangkan ke saiz sebenar menggunakan udara. Terdapat bingkai titanium untuk memastikan ketegapan struktur, sementara busa poliuretana dan Mylar akan berfungsi sebagai penebat yang mengelakkan berlakunya kebocoran.

Model, konsep dan imej pengolokan Moon Village kini diperlihatkan dalam pameran Life Beyond Earth yang berlangsung sempena Venice Architecture Biennale tahun ini

Sumber Dezeen

Komen