Sepanjang pandemik pembelian secara atas talian naik mendadak. Hampir kesemua barangan keperluan boleh dipesan bagi mengurangkan keperluan keluar dari rumah dengan kes harian kini kembali mencecah 8000. Tetap pembelian atas talian adalah amat merisaukan dengan muncul laporan barang tidak tiba atau mengalami kerosakan. Sebagai langkah selamat, pengguna memilih melakukan pembayaran selepas barang dihantar (COD). Namun begitu ini mendedahkan mereka kepada pemindahan virus menerusi wang.
Lazada hari ini mengumumkan sokongan pembayaran Payment on Delivery (POD) menerusi imbasan kod DuitNow. Pengguna hanya perlu mengimbas kod dari penghantar selepas barang diterima untuk melakukan pembayaran secara nirtunai. Pada waktu ini POD hanya disokong sekiranya pembayaran menggunakan Lazada Express (LEX) dipilih.
Sebagai promosi awal, potongan harga sebanyak RM5 akan diberikan kepada pengguna POD untuk pembelian melebihi RM30 menerusi ciri Scan & Pay aplikasi Maybank MAE.