Samsung Mula Memburu Akaun Yang Meniriskan Maklumat Produk

Diterbitkan pada July 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan lalu Apple mula memberikan amaran kepada peniris maklumat supaya menghentikan aktiviti mereka sekiranya mereka tidak mahu menerima tindakan mahkamah. Alasan yang diberikan Apple ialah maklumat yang ditiriskan menjejaskan jualan mereka kerana membolehkan pesaing mengeluarkan peranti dengan ciri yang serupa lebih awal.

Tetapi kini Samsung mula memburu akaun-akaun seperti AllAboutSamsung dan Evan Blass yang mempunyai reputasi meniriskan pelbagai maklumat peranti Samsung lebih awal sebelum pelancaran produk. Tetapi tidak seperti Apple, Samsung sekadar menggunakan undang-undang hak cipta intelek untuk memadam imej yang tertiris dari akaun media sosial. Masih tiada tindakan mahkamah diambil pada waktu ini.

Akibatnya Evan Blass sudah mula memadam imej peranti Samsung yang ditiriskan oleh beliau sebelum dikenakan tindakan. Jadi selepas ini maklumat awal mengenai peranti Samsung dan Apple akan menjadi semakin sukar untuk diketahui. Ini membawa persoalan sama ada adakah lebih baik untuk peranti kekal misteri atau maklumat yang ditiriskan sebenarnya baik untuk menimbulkan minat awal.

Sumber @MaxJmb

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami