Cari @ Amanz

Telekom Malaysia hari ini telah berkongsi beberapa perkembangan syarikat mereka, termasuk berkongsi berkaitan dengan angka pelanggan mereka yang telah pun melangkaui 2 juta pelanggan di seluruh negara.

Turut dikongsikan adalah perkembangan berkenaan peraihan pelanggan Streamyx kepada Unifi.

Menurut Telekom Malaysia, kini terdapat 89,000 pelanggan yang sedia diliputi kawasan Unifi yang masih belum beralih lagi.

Pada masa yang sama, terdapat sekitar 84,000 pelanggan Streamyx yang masih diluar kawasan Unifi buat masa ini. Dengan perkongsian terbaru ini, ia memperlihatkan terdapat sekitar 173,000 pelanggan yang masih kekal menggunakan Streamyx pada hari ini.

Angka ini adalah berdasarkan kepada suku pertama 2021 lepas. Telekom Malaysia juga turut menyediakan penyelesaian alternatif lain kepada pengguna, termasuk seperti Unifi Air dan juga Unifi Mobile yang menawarkan akses internet lebih pantas berbanding Streamyx.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd