Steve Ballmer, bekas CEO Microsoft, kini menjadi orang ke sembilan di dunia yang mencatatkan nilai kekayaan melangkaui $100 bilion.
Steve Ballmer sebelum ini menerajui Microsoft sehingga 2014 yang lepas. Dibawah beliau, Microsoft telah mengambil-alih Nokia, dan turut melakukan beberapa pelaburan dalam arena peranti mudah-alih.
Selain Steve Ballmer, antara yang turut mempunyai kekayaan melangkaui $100 bilion adalah Sergey Brin dan Larry Page daripada Google, Mark Zuckerberg, Bill Gates, Elon Musk dan juga Jeff Bezos.
Peningkatan nilai kekayaan ini juga dilihat selari peningkatan harga saham, terutamanya melibatkan arena teknologi.