Telefon Berjenama Snapdragon Kini Rasmi – Dibangunkan Bersama Qualcomm Dan Asus

Diterbitkan pada July 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Qualcomm sedia terkenal dengan penawaran cip pemprosesan Snapdragon yang digunakan meluas pada telefon pintar hari ini. Menariknya, hari ini mereka turut memperkenalkan sebuah telefon pintar berjenama Snapdragon, yang dibangunkan bersama pihak Asus.

Dinamakan “Smartphone for Snapdragon Insiders”, yang mana ditujukan kepada para peminat teknologi dan pembangun dalam menikmati dan melihat apakah yang ditawarkan oleh Snapdragon.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.78-inci dengan kadar segar semula 144Hz, dijana cip Snapdragon 888, memori 16GB RAM LPDDR5, storan 512GB UFS 3.1, dan menggunakan bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Telefon pintar ini turut hadir dengan kamera 64-megapixel yang turut dilengkapi sensor 12MP sudut-lebar, dan juga 8MP telefoto pada bahagian belakang.

Snapdragon Phone

Qualcomm dan Asus masih belum mengumumkan tarikh penawarannya kepada umum. Ia dijangka dipasarkan di beberapa buah negara bermula Ogos, pada harga $1499, iaitu mencapai RM6276.

Adakah anda akan mendapatkan telefon pintar ini apabila ia dipasarkan kelak?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami