Sony Xperia 5 III Hadir Dengan Rekaan Sedikit Kompak – Berharga RM4599 Di Malaysia

Diterbitkan pada July 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bersama-sama penyenaraian Sony Xperia 1 III, pihak Sony Malaysia kini turut telah menyenaraikan satu lagi peranti untuk pasaran tempatan, iaitu Xperia 5 III.

Sony Xperia 5 III membawa sejumlah penawaran seumpama Xperia 1 III, tetapi dengan rekaan sedikit kompak, dan tanpa beberapa ciri-ciri.

Xperia 5 III hadir dengan skrin OLED 6.1-inci dengan nisbah 21:9, dan kadar segar semula 120Hz. Ia turut dijana denga cip Snapdragon 888, dan juga bateri 4500mAh. Tiada sokongan paparan 4K, dan sekadar menyokong paparan FHD+ HDR sahaja.

Xperia 5 III turut menyertakan lensa ZEISS, dilengkapi kamera utama 12MP+12MP+12MP tanpa sokongan sensor 3D ToF.

Ia dilengkapi sokongan audio lebih kurang sama, dan turut dilengkapi bicu audio 3.5mm.

Bagi anda yang tidak memerlukan paparan pada resolusi tinggi, atau sokongan sensor kamera ToF dan memori serta storan besar, mungkin Xperia 5 III ini memadai berbanding Xperia 1 III.

Di Malaysia, Sony Xperia 5 III berharga RM4599. Bagi anda yang berminat, boleh nantikan pihak Sony membuka pra-tempahan untuk model ini dalam masa terdekat ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami