Vivo V21 Artic White Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM1599

Diterbitkan pada July 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo V21 telah dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia sekitar bulan April lalu dengan tanda harga RM1599. Pada awalnya, Vivo V21 hadir dalam dua pilihan warna sahaja iaitu Dusk Blue dan Sunset Dazzle. Untuk lebih pilihan kepada pengguna, peranti pintar ini hadir dalam satu lagi varian warna iaitu Artic White.

Ia dilihat bukan sahaja tampil dengan gaya lebih segar. Malah, turut ditambah dengan sentuhan lebih bergaya dalam rona putih. Bagaimanapun, tiada sebarang perubahan spesifikasi utama yang buat oleh Vivo. Masih sama sahaja seperti Vivo V21 versi LTE sebelum ini.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya dengan harga jualan yang sama iaitu RM1599 bermula esok – iaitu 10 Julai 2021. Ia ditawarkan secara eksklusif menerusi beberapa platform berbeza seperi kedai atas talian rasmi Vivo, Lazada dan Shopee. Setiap pembelian juga didatangkan dengan hadiah percuma menarik berupa pengering rambut dan jaminan tambahan selama setahun.

Vivo V21 dilengkapi skrin berukuran 6.44-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ dank adar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 800U, memori 8GB RAM + 3GB RAM tambahan, storan dalaman 128GB (UFS 2.2) dan bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Melengkapinya, sistem tri-kamera utama dengan sensor 64-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel. Selain, kamera swafoto 44-megapixel dengan OIS.

Beli Dari Vivo : Vivo V21 Artic White
Beli Dari Lazada : Vivo V21 Artic White
Beli Dari Shopee : Vivo V21 Artic White

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami