Cari @ Amanz

Dua bulan lepas, Twitter mula memperkenalkan Twitter Spaces kepada pengguna Twitter di desktop. Pengguna kini boleh mengikuti serta menyertai sesuatu Twitter Spaces. Walau bagaimanapun, ketika itu ia terhad untuk mendengar sahaja dan pengguna belum lagi boleh menjadi hos.

Terkini, Twitter dilihat sudah mula menguji kemampuan berbual daripada penggunaan di web atau desktop. Pengguna boleh hos terus daripada komputer dan tidak lagi terhad kepada aplikasi dalam peranti mudah alih sahaja. Melalui sokongan ini, hos atau pencipta kandungan yang sudah ada tetapan audio tersendiri – boleh menggunakannya dengan lebih lancar tanpa sambungan ke peranti.

Twitter Spaces dilihat agak popular kerana menawarkan ciri bual ini kepada pengguna Android dan iOS serentak, tidak seperti Clubhouse. Pernah sekali satu sesi Spaces mempunyai lebih 40K peserta. Untuk privasi dan sekuriti, data pengguna turut boleh dimuat turun seperti rakaman audio sesi Twitter Spaces. Ciri bual dan hos daripada web atau desktop ini masih lagi dalam ujian, tidak pasti lagi bila ia akan diedarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd