Google Akan Menamatkan Sokongan Google Play Services Untuk Peranti Android Jelly Bean

Diterbitkan pada July 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google telah memperkenalkan sistem operasi Android Jelly Bean pada 9 tahun lepas, dan kini kurang daripada 1% peranti aktif Android yang masih menggunakannya.

Bercakap mengenainya, Google mengatakan mereka akan menamatkan sokongan Play Services untuk Android Jelly Bean pada Ogos 2021 kelak.

Dengan penamatan ini, ia akan membuatkan sejumlah perkhidmatan dan aplikasi berhenti beroperasi pada peranti-peranti berkenaan. Hal ini kerana Play Services berjalan pada latar pada sejumlah peranti, dan pengguna yang menggunakan Android Jelly Bean pada peranti mereka akan perlu menggunakan versi terbaru Android dalam menikmati pelbagai ciri-ciri baru dan kemaskini yang ditawarkan.

Bagi anda yang menggunakan peranti berasaskan Android Jelly Bean, mungki sudah tiba masanya untuk naik-taraf peranti anda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami