Carian
Durian e-Fiesta Anjuran Shopee Dan FAMA Menjamin Tiada Penipuan Durian
July 9, 2021 Ikhwan Nazri

Musim durian kembali lagi. Apabila musim durian tiba, pasti kita dapat melihat lambakan promosi durian dimana durian-durian ternama menjadi buruan. Dengan musim ini juga timbulnya kes penipuan durian seperti durian rosak, durian busuk, durian yang diterima berlainan dari durian yang ditempah dan pelbagai lagi.

Menyedari betapa kritikalnya isu ini, Shopee dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersama-sama menganjurkan Durian e-Fiesta untuk tahun kedua dalam membawakan durian bebas penipuan, dan dijamin asli. Dengan Shopee Guarantee, sekiranya pengguna mendapat durian yang berlainan atau rosak, pengguna boleh mendapat pemulangan bayaran sepantas 15 minit jika pembayaran dibuat menggunakan ShopeePay. 

Dengan kerjasama ini juga, Shopee dan FAMA menawarkan baucar diskaun menarik sehingga 50%, diskaun RM 15 dengan perbelanjaan minimum RM 60 serta diskaun RM 30 dengan perbelanjaan minimum RM100 yang boleh digunakan menerusi laman mikro eFAMAPLACE.

Penjual-penjual durian menerusi laman mikro eFAMAPLACE turut akan mengadakan Shocking Sale setiap hari sehingga 31 Julai, dan akan menawarkan durian terbaik seperti Musang King, D24, dan bermacam lagi pada harga serendah RM 0.77 setiap jam 12 tengah malam pada kuantiti terhad. Bagi anda yang teringin menikmati durian pada harga ini, jangan lepaskan peluang tersebut. 

Komen