Setiap tahun beberapa dozen objek angkasa lepas dikesan sebelum ia menghentam bumi. Dalam majoriti kes, asteroid yang memasuki atmosfera bumi terbakar sebelum jatuh mengelakkan kerosakan besar. Tetapi pada tahun 2013, meteor Chelyabinsk meletup di ruang udara Rusia mengakibatkan kecederaan hampir 1500 individu. Tetapi yang merisaukan ahli saintis ialah asteroid lebih besar dari 300 meter kerana jika ia menghentam bumi boleh mengakibatkan kematian. Kajian dari Airbus untuk ESA kini mencadangkan satelit komunikasi digunakan sebagai senjata untuk menangkis asteroid yang akan menghentam bumi.
Airbus menghasilkan konsep senjata Fast Kinetic Deflection (FastKD) yang menggunakan satelit komunikasi sebagai senjata. Satelit komunikasi sebesar bas dan berat mencapai 6 tan boleh dihantar ke arah asteroid yang diramalkan akan menghentam bumi. Kesan hentaman FastKD adalah cukup untuk mengubah trajektori asteroid dan mengelakkan ia dari terus menghentam bumi.
Sehingga 10 FastKD diperlukan untuk mengubah haluan sebuah asteroid sebesar 300 meter. Dengan kemampuan mengesan objek berbahaya menghampiri bumi semakin meningkat, bahaya dapat dikesan beberapa tahun sebelum mencapai bumi. Roket kemudian boleh dilancarkan untuk menghantar satelit komunikasi ke asteroid lebih awal sebelum ia mendatangkan sebarang risiko kepada penduduk bumi.
Berita buruk ialah untuk asteroid yang lebih besar dari 300 meter, FastKD tidak mampu mengubah trajektori. Dalam situasi ini mungkin menghantar Bruce Willis dan rakan-rakan pekerja pelantar minyak ke permukaan asteroid ialah satu-satunya cara untuk menyelamatkan umat manusia.
Sumber Space.com