Perintah Kawalan Pergerakan yang telah berjalan sejak bulan Mac pada tahun ini memaksa ramai pekerja pejabat untuk mula bekerja dari rumah, yang mana mereka harus menggunakan sambungan internet mereka sendiri untuk melakukan tugas-tugas harian syarikat.
Aduan mengenai rangkaian 4G telah memperlihatkan peningkatan yang tertinggi pada bulan Jun 2021. Sepanjang bulan Januari sehingga Mei, aduan mengenai rangkaian pengguna dilihat sekitar 14,000 ke 20,000 sebulan, tetapi pada bulan Jun 2021 sahaja, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengatakan jumlah aduan meningkat ke 44,693 aduan.

SKMM telah memecahkan lagi jumlah aduan ini berdasarkan jenis aduan yang dihantar, dan juga syarikat-syarikat telekomunikasi yang telah menerima aduan yang tertinggi setakat ini. Berdasarkan laporan SKMM, Celcom dilihat hadir dengan aduan paling banyak oleh pengguna mereka pada bulan Jun, dimana ia mencatatkan 12,056 aduan berbanding dengan 8926 daripada pelanggan Maxis dan 8056 daripada pelanggan Digi.

Dari segi lokasi pula ia dilihat bahawa tiga daripada kawasan yang paling banyak mempunyai aduan masih lagi tiga lokasi yang sama seperti sebelum ini, iaitu Johor Bahru dengan 5088 aduan, Petaling dengan 4514 aduan dan Kuala Lumpur dengan 3785 aduan sepanjang Januari sehingga 30 Jun 2021.

Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan dilihat masih lagi sedang mencuba untuk mengoptimasi dan menambahbaik mutu rangkaian di kawasan rumah dan penempatan, dan dijangka akan menstabilkan rangkaian masing-masing dalam masa terdekat ini.
Walaupun begitu, pihak SKMM berkata bahawa sekiranya masih terdapat kepincangan dalam kualiti rangkaian pengguna, para pelanggan rangkaian telekomunikasi ini masih lagi boleh melaporkan aduan mereka ke laman aduan SKMM pada bila-bila masa sahaja.