(Ura-Ura) Google Pixel 6 Mungkin Akan Menerima Sokongan Kemaskini Selama 5 Tahun

Diterbitkan pada July 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun ini nama Jon Prosser menjadi semakin popular apabila banyak informasi yang tertiris yang beliau dedahkan adalah tepat. Contohnya adalah video promosi Android 12 dengan sistem tema monet dan Material You. Pixel 6 akan menjadi peranti pertama daripada Googe menggunakan cip pemprosesan tersendiri. Cip ini adalah hasil kerjasama bersama Samsung, iaitu GS101. Menurut Jon, siri Pixel 6 dikatakan akan menjadi peranti pertama Google dengan sokongan kemaskini selama lima tahun. Masih tia pasti sama ada lima generasi Android atau gabungan Android dan tampal sekuriti.

Google Pixel 6

Kedua-dua Pixel 6 akan menyokong rangkaian WiFi 6E, menjalankan Android 12, skrin 6.4-inci AMOLED, kamera 50+12 Megapixel, kamera swafoto 8 Megapixel, bateri sebesar 4614mAh, memori 8GBR AM dengan pilihan oran sehingga 256GB. Pixel 6 Pro atau mungkin Ultra, akan menggunakan rin 6.7-inci P-OLED, kamera 50+48+12 Megapixel, kamera swafoto 12 Megapixel, bateri 5000mAh, RAM 12GB dengan pilihan storan sehingga 512GB.

Google biasanya melancarkan siri Pixel mereka pada bulan Oktober. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami