Cari @ Amanz

Semakin kita berusia, semakin tinggi risiko mengalami masalah dimensia atau dalam bahasa melayunya nyanyuk. Kerap kita mendengar amalan gemar membaca boleh mengelakkan masalah dimensia apabila usia lanjut. Tetapi kajian terkini dari New York University menemui hubungkait di antara kehilangan gigi dengan peningkatan risiko nyanyuk pada usia tua.

Kajian terkini ini melakukan analisis meta data longitudinal daripada 14 kajian yang telah dilakukan terdahulu ke atas kemerosotan kognitif. Ia melibatkan 34,074 orang dewasa dan 4,689 kes individu dengan kemerosotan kognitif. Penyelidik menemui peningkatan risiko 1.48 kali ganda kemerosotan kognitif pada orang dewasa yang kehilangan gigi. Risiko nyanyuk juga 1.28 kali lebih tinggi dalam kelompok yang sama.Risiko ini boleh dikurangkan sekiranya penggunaan gigi palsu dilakukan selepas kehilangan gigi.

Kesukaran untuk mengunyah mungkin menyebabkan berlakunya kekurangan zat yang menjurus kepada kemerosotan sel otak. Sebelum ini juga terdapat kajian yang menemui korelasi di antara penyakit gusi dan kemerosotan kognitif.Oleh itu penyelidik menyarankan penjagaan kesihatan orang bagi mengurangkan risiko kemerosotan kognitif di usia tua.

Oleh itu mulakan menjaga kesihatan gigi dan gusi kerana petua orang tua untuk banyak membaca tidak mempunyai kesan ke atas risiko nyanyuk. Siapa sangat gosok gigi lebih penting dari mengaji. Kajian telah diterbitkan di dalam jurnal JAMDA: The Journal of Post-Acute and Long-Term Care Medicine.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd