Cari @ Amanz

Pada tahun ini, hadir sejumlah spekulasi memperlihatkan syarikat teknologi beralih kepada fokus terhadap arena automotif. Hal ini selari dengan spekulasi berkaitan kereta yang dikeluarkan oleh Apple, dan diikuti oleh Xiaomi yang mengesahkan pelaburan dalam arena berkenaan, serta Huawei yang turut memfokuskan pembangunan komponen dan sistem untuknya.

Oppo Car

Selari dengannya, sebelum ini, Oppo turut dilihat mendaftarkan tanda dagang OCAR – membawa kepada spekulasi berkaitan dengan kereta Oppo.

Oppo juga sebelum ini dilihat telah mendaftarkan sekitar 128 paten berkaitan pembangunan teknologi swapandu.

Apa pun, bercakap mengenainya, wakil Oppo kini mengatakan mereka masih memfokuskan kepada arena peranti mudah-alih buat masa ini. Menambahnya lagi, Oppo turut mengatakan mereka akan memfokuskan kepada pasaran peranti mudah-alih mercu untuk masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd