Cari @ Amanz

Shopee : Mungkin Berlaku Kelewatan Untuk Penghantaran Barangan Dari Gudang Di Shah Alam

Oleh Aman

Link Copied!

Shopee kini telah mengumumkan yang mana gudang mereka di Shah Alam telah dikunjungi oleh pihak berkuat-kuasa, dan beberapa SOP baharu tambahan telah diminta untuk dilaksanakan pada gudang berkenaan baru-baru ini. Shopee mengatakan SOP baharu ini dikongsikan oleh pihak KKM sebagai tambahan pada 9 Julai 2021, lanjutan daripada kunjungan pihak PDRM pada 3 Julai 2021 lepas.

Menurut Shopee, disebabkan oleh implementasi SOP tambahan ini, gudang mereka di Shah Alam akan ditutup buat sementara.

Disebabkan oleh ini, penghantaran barangan daripada gudang Shopee ke pengguna mungkin mengalami kelewatan.

Apa pun, pengguna dan penjual yang menggunakan penghantaran terus tidak terjejas, dan ia hanya melibatkan penghantaran daripada gudang Shopee di Shah Alam sahaja.

Shopee mengatakan bagi pengguna yang terjejas akan menerima notifikasi melalui aplikasi Shopee.


Komen ()