Khaby Lame Kini Mempunyai Pengikut Kedua Tertinggi Di TikTok

Diterbitkan pada July 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setiap platform sosial mempunyai selebriti dan penerbit kandungan dengan angka pengikut yang tinggi. Tidak ketinggalan adalah TikTok.

Bagi anda yang sering mengikuti TikTok, mungkin salah satu penerbit kandungan yang anda kenal adalah Khabane Lame atau turut dikenali dengan nama Khaby Lame.

Khaby Lame berusia 21 tahun, dan berpusat di Itali ini kini mempunyai lebih 87 juta pengikut di TikTok. Khaby sering menerbitkan video reaksi bersahaja dalam memberikan alternatif dan kaedah mudah menyelesaikan sesuatu masalah yang sering dipaparkan dalam bentuk “sukar” oleh penerbit kandungan lain.

Khaby Lame kini menduduki tangga kedua dengan angka pengikut tinggi di TikTok, di belakang Charli D’Amelio. Namun, jikalau mengikut perkembangan angka pengikut Khaby Lame, beliau mungkin menjadi pengguna paling popular TikTok dalam masa beberapa bulan lagi.

Sebelum ini, pada Jun lepas, Khaby Lame mempunyai sekitar 65 juta pengikut di TikTok, dan kini dalam tempoh sebulan, Khaby Lame telah menambah jutaan pengikut, dan kini mempunyai 84 juta pengikut di TikTok.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami