MacBook Pro Dengan Rekaan Baharu Dan Panel Mini-LED Dijangka Hadir Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada July 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sudah beberapa kali kita mendengar berkenaan spekulasi mengatakan Apple akan memperkenalkan MacBook Pro baharu pada tahun ini. Terbaru, penganalisa popular Ming-Chi Kuo sekali lagi menekankan perkara berkenaan, mengatakan MacBook Pro bersaiz 14-inci dan 16-inci akan hadir pada tahun ini.

Laptop Macbook

Salah satu perubahan besar pada MacBook Pro ini adalah dikatakan bakal menggunakan panel berasaskan mini-LED, sama seperti yang digunakan pada iPad Pro 12.9-inci baru-baru ini.

Disamping itu, MacBook Pro baru juga dijangka akan mengembalikan sejumlah sokongan slot, termasuk untuk HDMI dan juga kad SD. Ini akan memudahkan lagi proses penyuntingan dan sambungan dilakukan menggunakan MacBook Pro.

Pada masa yang sama, desas-desus mengatakan Apple akan mengembalikan penggunaan MagSafe pada MacBook Pro baharu ini.

Buat masa ini, ia masih dikategorikan sebagai spekulasi, dan sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan pengenalan MacBook baru ini daripada Apple.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami