Cari @ Amanz

TikTok sedia mengharamkan sejumlah jenis kandungan daripada dipromosikan atau dikongsikan secara berbayar pada platform mereka, dan terbaru, TikTok turut mengharamkan perkongsian berbayar melibatkan kriptowang.

Untuk makluman, pada platform sosial, terdapat beberapa penerbit kandungan yang mengambil ganjaran atau bayaran daripada sesuatu pihak sebagai ganti untuk mempromosikan produk.

Dengan penambahan ini, ia akan mengehadkan lagi promosi kriptowang. Hal ini diambil dalam mengelak orang ramai mengikuti “nasihat kewangan” atau membuat pelaburan yang mungkin memberikan kesan terhadap kewangan mereka. Hal ini amat penting, apatah lagi pengguna platform TikTok adalah mereka yang berusia muda.

Bagi anda sendiri, apakah langkah TikTok ini sesuatu yang bagus atau sebaliknya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd