#Retrologi – Sony Pernah Menghasilkan Tetikus Yang Turut Boleh Menjadi Telefon

Diterbitkan pada July 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penggunaan telefon VOIP merupakan antara yang popular suatu ketika dahulu sebelum populariti perkhidmatan panggilan suara dan video berasaskan internet hari ini. Kebiasaannya, di pejabat terdapat telefon dengan sokongan VOIP untuk memudahkan panggilan antarabangsa dan sebagainya.

Ketika era populariti VoIP sekitar 2005-2006 yang lepas, Sony turut pernah hadir dengan peranti dua dalam satu yang memfokuskan pengguna pejabat.

Sony VAIO Mouse Talk VOIP Phone (via Tehnabob)

Dalam penawaran mereka dinamakan Sony VAIO Mouse Talk VOIP Phone, ia mengabungkan rekaan tetikus dan telefon dalam satu.

Pengguna boleh menghubungkan peranti berkenaan ke komputer, dan menggunakan ia sebagai tetikus, atau mengangkatnya dan menggunakan ia untuk panggilan suara. Penatal tetikus turut digunakan untuk mengawal kelantangan suara.

Namun, salah satu kekangan adalah apabila anda sedang menjawab panggilan, ia akan menyukarkan anda untuk mencari fail dan dokumen pada desktop – kerana ketiadaan tetikus. Ini menjadi lebih sukar dan tidak mesra untuk pengguna desktop – memandangkan kebiasaannya di pejabat ketika itu, ramai menggunakan komputer desktop.

Produk ini boleh dikatakan antara produk Sony yang tidak berjaya di pasaran.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami